Bisnes Homestay dan bagaimana jana pendapatan pasif dari perniagaan ini

Bisnes homestay merupakan salah satu cabang dalam pelaburan hartanah.

 

Bila bercakap mengenai pelaburan hartanah, ramai juga yang memuji-muji pelaburan jenis ini.

 

Pelaburan hartanah sememangnya mendapat kedudukan yang baik dalam kalangan masyarakat kita.

 

Sangat beruntung bagi mereka yang memiliki hartanah dikawasan dan lokasi yang strategik.

 

Sesetengah orang, memang tak suka membeli atau memiliki hartanah dikawasan yang bising, mempunyai banyak shopping complex, atau dikawasan yang selalu berlaku traffic jam.

 

Namun bagi pelabur hartanah, ini merupakan satu signal yang baik, yang menunjukkan bahawa kawasan tersebut

  • sedang pesat membangun
  • ada ramai orang, jadi ada ramai bakal penyewa
  • nilai hartanah dikawasan tersebut bakal meningkat

 

Adakah kawasan tersebut sesuai untuk dijadikan homestay? Bisnes homestay selalunya dikaitkan dengan percutian bersama keluarga.

 

Mereka yang menginap di homestay, selalunya akan datang dalam bilangan yang agak besar. Selalunya mereka yang dah berkeluarga akan memilih homestay sebagai tempat menginap.

 

Saya sendiri, semasa bercuti di Melaka, memilih untuk menginap di homestay Melaka.

bisnes-homestay-terbaik

Sedarkah anda, jika anda mempunyai sebuah rumah dikawasan yang strategik, anda boleh buat duit dengan mengutip sewa dari kediaman anda tersebut menerusi bisnes homestay?

Continue reading

Pendapatan pasif dari Program Pengiklanan Mobicow dan dibayar dalam USD

Baru beberapa hari yang lalu, saya ada cerita tentang pengalaman saya jana pendapatan dari program pengiklanan.

 

Dalam posting tu, saya lebih fokuskan kepada program pengiklanan menerusi syarikat Nuffnang.

 

Bukan sekadar cakap-cakap kosong tau. Buktinya pun saya ada sertakan bersama. Cuma kali ini, saya nak kongsikan satu lagi program pengiklanan yang tak kurang menariknya.

 

Program ini dinamakan sebagai Mobicow. Just for you to know, bagi mereka yang masih lagi mencari-cari cara macam mana nak jana pendapatan pasif, anda boleh gunakan program ini untuk jana pendapatan pasif di internet, ya dengan menyertai program pengiklanan Mobicow.

buat-duit-dengan-mobicow

Saya telah pun sertai program pengiklanan Mobicow ini sejak dari tahun 2016 lagi. Komisen pertama yang saya terima dari Mobicow adalah pada bulan Januari 2017.

Continue reading

Bagaimana Puan N bina pendapatan pasif seumur hidup dengan Bisnes Bakeri?

Puan N yang saya maksudkan dalam posting ini adalah merujuk kepada Puan Nik Roslin Nik Men.

 

Anda bolehlah klik pada link yang berwarna biru yang saya sertakan diatas tu kalau minat nak tahu dengan lebih dekat siapa sebenarnya beliau ya.

 

Bila dikatakan yang bisnes bakeri ni boleh menghasilkan pendapatan pasif seumur hidup… mesti ramai yang garu kepala. Macam tak logik pulak bunyinya.

 

Macam mana produk bakeri boleh hasilkan pendapatan pasif? Bukan ke produk bakeri ni pendapatannya bergantung pada permintaan dan tempahan pelanggan?

 

Kalau ada tempahan, maknanya adalah income. Kalau tak ada tempahan, dari mana pulak datangnya pendapatan? Lepas tu boleh pulak dapat pendapatan pasif? Macam susah nak hadam pulak kan!

bisnes-bakeri-hasilkan-pendapatan

Mesti nak tahu apa cerita ni kan? Jadi… silakanlah teruskan pembacaan.

Continue reading

Bukti pendapatan dari program affiliate Involve Asia Julai 2017

Saya rasa setiap orang yang buat bisnes online, pasti akan merasai saat-saat dimana dia berada dalam keadaan yang paling lemah.

 

Buat apa pun rasa serba tak kena.

 

Dalam banyak keadaan, saya lebih suka menggunakan situasi diri saya sendiri sebagai contoh. Kalau cerita pasal orang lain, kadang tu kita pun tak berapa tahu, apakah yang kita lihat tu adalah seperti yang kita sangkakan, kan?

 

Kisahnya begini.

 

Dua tiga hari ni, saya rasa motivasi saya agak kurang. Saya berada dalam keadaan yang tidak berapa baik. Saya rasa, buat apa pun serba tak kena.

 

Tapi dalam keadaan serba tak kena tu, saya cuba juga gagahkan diri untuk kemaskini blog saya yang ini, iaitu blog Formula Income Seumur Hidup ini.

 

Sebenarnya saya ada banyak lagi blog.

 

Ada yang saya gunakan hosting berbayar, dan ada juga yang saya guna servis percuma macam ni. Nama yang saya gunakan untuk menulis pun, sengaja saya gunakan nama yang berbeza.

 

Ada sebab ke? Tak ada sebab yang spesifik. Tapi saya ada teori, yang saya rasa tak perlulah saya nak ceritakan background teori saya tu.

 

Saya menggunakan pelbagai platform untuk menulis dengan tujuan untuk kenalpasti apa dia hosting terbaik untuk blogger bagi tahun 2017 ini.

 

Nak dijadikan cerita, saya memang tak berapa bersemangat nak buat kerja-kerja penulisan dan pemasaran online ni. Apa tidaknya, lately sales dari program affiliate terasa agak slow, dan dalam masa beberapa hari lagi, ada hutang yang perlu saya bayar.

 

Tiba-tiba pagi ni, saya terima berita gembira. Ini dia yang saya maksudkan.

buat-duit-dengan-sistem-formula-income-seumur-hidup

Inilah dia emel yang saya terima dari pihak Involve Asia. Bagi mereka yang kurang familiar dengan format emel diatas, biar saya terangkan secara ringkas.

Continue reading

Jana pendapatan pasif menerusi program pengiklanan beserta bukti

Posting yang lepas saya ada bercerita tentang projek bina laman web yang boleh berikan income pasif seumur hidup.

 

Tadi, saya tergerak hati untuk log in ke salah satu daripada akaun publisher yang saya miliki.

 

Apa benda akaun publisher ni?

 

Publisher ni kalau dalam bahasa melayu, bermaksud penerbit atau penyiar. Istilah ini digunakan buat mereka yang bekerja atau bertindak sebagai tukang siar iklan.

 

Selalunya, dalam mana-mana program pengiklanan ataupun program affiliate, istilah publisher ini akan digunakan.

 

Jadi kat bawah ni saya nak tunjukkan salah satu akaun publisher yang saya miliki.

formula-income-seumur-hidup-dari-iklan

Bagi yang memang familiar dengan screenshot kat atas ni, maka mereka tahulah apa program yang saya sedang tunjukkan pada anda semua ni.

 

Ini sebenarnya adalah income dari program pengiklanan.

Continue reading

Projek bina laman web yang boleh berikan income pasif seumur hidup

Tahukah anda, kenapa ada setengah orang yang begitu bersemangat bina laman web? Dari satu laman web ke satu laman web dihasilkan.

 

Tak mustahil, ada dalam kalangan individu macam ni, sebenarnya memiliki sehingga beratus-ratus laman web.

 

Walaupun mungkin ada laman web yang dah lama tak dikemaskinikan, namun jika dilihat dari segi bilangan, individu tersebut mempunyai beratus-ratus laman web.

 

Dulu saya pernah buat formula mudah.

 

Katakanlah, kalau satu laman web boleh hasilkan pendapatan sekurang-kurangnya sebanyak RM1 dalam masa sebulan, maka kalau kita ada 100 buah laman web, pendapatan yang kita akan miliki adalah bersamaan dengan RM100 sebulan.

 

Itu kalau satu laman web menghasilkan pendapatan sebanyak RM1 dalam sebulan.

 

Bagaimana kalau laman web tersebut mampu hasilkan RM100 dalam sebulan? Kita buat kira-kira mudah.

wang-kertas-malaysia-rm100

RM100 X 100 buah laman web = RM10, 000

 

Wah! Pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan hanya dengan memiliki laman web! Anda tak nak ke?

Continue reading

Program affiliate ini akan membayar anda komisen sehingga 3 level!

Adakah anda merupakan seorang peminat dan penggiat bisnes berasaskan program affiliate? Jika jawapan anda adalah ya, maka saya nak kongsikan satu peluang yang cukup baik untuk anda.

 

Saya ingin kongsikan kepada anda semua, satu program affiliate yang menawarkan struktur komisen yang tidak kurang hebatnya.

 

Selalunya, program affiliate ini hanya membayar komisen berbentuk one time sahaja. Komisen tersebut pula hanya akan dibayar apabila anda berjaya jual produk yang dipromosikan.

 

Seterusnya pendapatan anda akan terhenti disitu.

 

Tapi disini ada berita baik untuk anda. Saya ada temui satu syarikat yang menawarkan program affiliate dan membayar komisen hingga 3 level.

program-affiliate-3-level

Anda boleh klik sini untuk ke laman web syarikat
Anda juga boleh buat pendaftaran sebagai affiliate disini
Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk syarikat

 

Apa produknya? Ini merupakan satu soalan yang cukup penting. Apa yang membezakan antara program affiliate dengan lain-lain program buat duit (yang berkemungkinan adalah money game semata-mata) adalah program affiliate ini mempunyai produk yang benar-benar berkualiti dan dipercayai.

Continue reading

Bagaimana cara hasilkan pendapatan pasif seumur hidup menerusi program affiliate?

Sebelum kita nak cerita dengan lebih mendalam, tentang persoalan bagaimana nak hasilkan pendapatan pasif menerusi program affiliate, adakah anda sudah tahu dengan jelas, apa sebenarnya program affiliate?

 

Tahukah anda, bagaimana cara nak buat duit dengan program affiliate?

 

Jika masih belum tahu caranya, saya sarankan anda rujuk pada link dibawah ini.

Ketahui rahsia hasilkan pendapatan lumayan dengan affiliate

Klik sini. Teknik hasilkan income dari Affiliate. 

Belajar sedut komisen affiliate disini.

jana-pendapatan-5-angka-dengan-affiliate

Dekat laman web yang saya kongsikan tu, anda boleh baca sendiri, apa itu affiliate dan bagaimana model bisnes ini, yang nampak sangat senang ni sebenarnya memang ada potensi untuk bantu anda hasilkan pendapatan yang begitu lumayan.

Continue reading

Rahsia dapatkan 100 orang pelanggan di internet dalam masa 7 hari didedahkan

Macam mana cara nak dapatkan 100 orang pelanggan?

 

Saya rasa caranya tidaklah begitu susah. Lakukan sahaja kerja-kerja pemasaran seperti biasa.

 

Bagi yang biasa guna blog untuk buat pemasaran, guna sahaja seperti biasa. Tulis artikel, kemudian publish.

 

Bagi yang lebih suka guna FB, pun kaedahnya sama. Lakukan sahaja kerja-kerja sharing, update status dan sebagainya macam biasa.

 

Lambat laun, pasti anda akan dapat 100 orang pelanggan. Cuma masa sahaja yang akan menentukan, sama ada cepat atau lambat.

 

Namun, bagaimana kalau anda diberikan time limit atau time frame?

cara-pantas-dapatkan-pelanggan

Sebagai contoh, anda kena dapatkan 100 orang pelanggan dalam masa 7 hari atau kurang! Boleh dapatkan tak?

Continue reading

Belajar buat blog untuk jana pendapatan pasif seumur hidup

Formula penjanaan pendapatan yang saya amal dan praktikkan kebanyakkannya memerlukan saya untuk ada blog sendiri.

 

Sebabnya, saya dah nampak, betapa mempunyai blog sendiri adalah sangat penting untuk memastikan rancangan saya untuk memperolehi pendapatan pasif dapat berjalan dengan lancar.

 

Sebagai contoh, sekarang ni saya sedang giat memperkenalkan Formula Income Seumur Hidup kepada pengguna-pengguna internet di luar sana.

jana-pendapatan-dengan-blog

Bagi mencapai matlamat tersebut, maka saya menggunakan medium blog sebagai channel pemasaran. Nak tahu kenapa? Sila teruskan baca ya.

Continue reading