Bagaimana cara hasilkan pendapatan pasif seumur hidup menerusi program affiliate?

Sebelum kita nak cerita dengan lebih mendalam, tentang persoalan bagaimana nak hasilkan pendapatan pasif menerusi program affiliate, adakah anda sudah tahu dengan jelas, apa sebenarnya program affiliate?

 

Tahukah anda, bagaimana cara nak buat duit dengan program affiliate?

 

Jika masih belum tahu caranya, saya sarankan anda rujuk pada link dibawah ini.

Ketahui rahsia hasilkan pendapatan lumayan dengan affiliate

Klik sini. Teknik hasilkan income dari Affiliate. 

Belajar sedut komisen affiliate disini.

jana-pendapatan-5-angka-dengan-affiliate

Dekat laman web yang saya kongsikan tu, anda boleh baca sendiri, apa itu affiliate dan bagaimana model bisnes ini, yang nampak sangat senang ni sebenarnya memang ada potensi untuk bantu anda hasilkan pendapatan yang begitu lumayan.

 

Sudah tentu, mungkin bukan semua orang akan berjaya dapat income sebanyak itu. Dalam ramai-ramai yang mencuba tu, mungkin akan ada yang berjaya dan mungkin juga akan ada yang gagal.

 

Jika anda gagal dapat puluh-puluh ribu sekalipun, tetapi apa salahnya mencuba?

 

Mungkin setidak-tidaknya, anda akan berjaya dapat income ratusan ringgit.

 

Bagaimana saya tahu anda juga akan berjaya buat duit, walaupun hanya ratusan ringgit?

Satu masa dulu, saya juga pernah rasa skeptikal dengan model perniagaan bercirikan affiliate marketing ni.

 

Ianya kelihatan too good to be true.

 

Dalam banyak-banyak buku tentang pengurusan kewangan yang saya baca, sama ada ianya ditulis oleh Azizi Ali mahupun Robert Kiyosaki, masing-masing ada menyampaikan mesej yang hampir serupa.

 

Jika sesuatu peluang buat duit tu kelihatan terlalu mudah dan ianya too good to be true, besar kemungkinan ianya bukan satu peluang yang betul-betul boleh menambahkan pendapatan. Anda mungkin akan hilang lebih banyak duit berbanding menambahkan duit ke dalam akaun bank anda.

 

Nasihat ini memang ada benarnya.

 

Saya percaya, penulis memberikan nasihat seumpama ini semata-mata untuk melindungi orang biasa yang tidak mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang pengurusan kewangan agar tidak mudah tertipu dengan sebarang bentuk penipuan di internet.

Baca juga:

  1. Bagaimana cara kenal Bisnes MLM yang penipu dan SCAM
  2. Mencari Maut: Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penyelewengan, skim cepat kaya dan lain-lain pelaburan durjana

 

Tetapi, pada waktu itu saya ambil pendekatan untuk mempelajari dan fahami betul-betul, bagaimana sebenarnya konsep affiliate yang sebenarnya.

 

Untuk pengetahuan anda, dalam program affiliate ini, kita sebenarnya akan bertindak sebagai ejen promosi. Peranan kita lebih kurang sama macam peranan yang dimainkan oleh seorang promoter di pasaraya-pasaraya besar.

 

Satu lagi yang anda perlu tahu, kita akan dibayar mengikut komisen. Komisen untuk sesuatu produk boleh jadi sekitar 1% – 100% daripada harga produk yang dijual.

 

Ianya tak sama antara produk.

 

Sebagai contoh, jika saya ingin menjual produk senaman dari Gintell yang diberi nama Gintell Recumbent Bike FT8601-R. Produk ini dijual di laman web ini dengan harga RM1,788

 

Komisen yang bakal saya perolehi apabila berjaya produk ini adalah sebanyak 9% ataupun bersamaan lebih kurang RM161.

 

Jika dari hasil kerja pemasaran yang saya lakukan, saya berjaya jual produk ini, maka saya akan dapat komisen sebanyak RM161. Jika tiada jualan yang berjaya saya hasilkan, maka saya tak akan dapat apa-apa bayaran.

 

Dalam kebanyakkan program affiliate, memang tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk sertai.

 

Jadi, bagaimana pula saya akan kehilangan duit sedangkan saya tak perlu bayar apa-apa untuk join program affiliate! Apabila saya berjaya hasilkan jualan, saya pula yang akan menerima bayaran.

 

Apabila dah tahu, apa dia mekanisme dan syarat untuk menerima bayaran dari program affiliate ini, maka saya tak tunggu lagi. Join sahaja seberapa banyak program affiliate dan buat seberapa banyak duit yang boleh.

fish-formula-income-seumur-hidup

Jika anda sertai Formula Income Seumur Hidup ataupun FISH ini, anda juga akan didedahkan dengan konsep buat duit dengan program affiliate.

Klik sini untuk sertai FISH
Klik sini untuk ke laman web rasmi Formula Income Seumur Hidup

 

Sebenarnya, program affiliate ini mula mendapat perhatian syarikat-syarikat besar. Syarikat-syarikat besar yang sebelum ini hanya menggunakan staf mereka sahaja untuk dapatkan sales, juga sudah mula tawarkan program affiliate.

 

Dengan ini, syarikat akan dapat lebih ramai tenaga kerja yang akan bantu mereka (syarikat) buat jualan bagi pihak mereka.

 

Program affiliate ni memang ada macam-macam jenis.

 

Ada yang jenis dapat berikan anda komisen berbilang tingkat. Contohnya macam program Formula Income Seumur Hidup ni la. Klik sini untuk join.

 

Ada juga jenis program affiliate yang akan berikan komisen berulang. Jika pelanggan yang sama buat pembelian lagi di masa akan datang, anda akan dapat lagi komisen.

 

Ada juga program affiliate yang akan beri anda komisen sekali sahaja. Namun, disebabkan cara atau kaedah promosi yang anda gunakan tu bersifat ever green, maka anda boleh dapat komisen berulang-ulang kali.

 

Sebab tu la saya berpendapat, kita memang boleh hasilkan pendapatan pasif menerusi program affiliate.

 

Saya dan ramai lagi kawan-kawan sedang menikmati komisen dari program affiliate. Anda bila lagi?

 

 

 

Advertisements

One thought on “Bagaimana cara hasilkan pendapatan pasif seumur hidup menerusi program affiliate?

  1. Pingback: Program affiliate ini akan membayar anda komisen sehingga 3 level! | Formula Income Seumur Hidup FI$H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s