Projek bina laman web yang boleh berikan income pasif seumur hidup

Tahukah anda, kenapa ada setengah orang yang begitu bersemangat bina laman web? Dari satu laman web ke satu laman web dihasilkan.

 

Tak mustahil, ada dalam kalangan individu macam ni, sebenarnya memiliki sehingga beratus-ratus laman web.

 

Walaupun mungkin ada laman web yang dah lama tak dikemaskinikan, namun jika dilihat dari segi bilangan, individu tersebut mempunyai beratus-ratus laman web.

 

Dulu saya pernah buat formula mudah.

 

Katakanlah, kalau satu laman web boleh hasilkan pendapatan sekurang-kurangnya sebanyak RM1 dalam masa sebulan, maka kalau kita ada 100 buah laman web, pendapatan yang kita akan miliki adalah bersamaan dengan RM100 sebulan.

 

Itu kalau satu laman web menghasilkan pendapatan sebanyak RM1 dalam sebulan.

 

Bagaimana kalau laman web tersebut mampu hasilkan RM100 dalam sebulan? Kita buat kira-kira mudah.

wang-kertas-malaysia-rm100

RM100 X 100 buah laman web = RM10, 000

 

Wah! Pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan hanya dengan memiliki laman web! Anda tak nak ke?

 

Walaupun begitu, secara realistik, untuk memiliki sebuah laman web yang menghasilkan pendapatan sebanyak RM100 setiap bulan bukannya mudah.

 

Apatah lagi untuk memiliki sehingga 100 buah laman web. Ianya nampak indah di catatan, namun kalau dari segi praktikal, ianya hampir mustahil untuk dicapai.

 

Saya tidak menidakkan kemungkinan memang ada orang berjaya buat macam tu.

 

Dari pengalaman saya sendiri, untuk menghasilkan laman web yang boleh bantu kita hasilkan RM100 sebulan juga bukan sesuatu yang mudah.

 

Saya ada beberapa laman web.

 

Ada juga antara laman web yang saya miliki, mampu untuk hasilkan sekitar RM200 – RM500 sebulan. Itupun bukannya selalu boleh dapat.

 

Ini sebabnya kenapa saya suka tambahkan seberapa banyak laman web milik saya. Senang nak kira, lagi banyak laman web, maka lagi tinggi potensi untuk jana pendapatan.

 

Bukan sebarang laman web. Tetapi laman web yang dibina khusus untuk memenuhi permintaan terhadap niche tertentu. Hehe bunyinya macam teknikal kan?

 

Ini satu projek laman web yang sedang saya bangunkan.

website-rujukan-peluang-kerja-dari-rumah

Baca juga: Laman web kerja sambilan dari rumah dilancarkan

 

Konsep yang saya gunakan untuk bangunkan laman web ini adalah konsep blog. In Shaa Allah, saya sasarkan dalam masa 3 – 6 bulan dari sekarang, laman web ini akan mula memberikan hasilnya.

 

Syaratnya mudah sahaja.

 

Kena pastikan selalu update blog tu dengan posting terkini. Kalau boleh post new article setiap hari lagi bagus, dan In Shaa Allah, lagi cepat akan nampak hasilnya.

 

Dalam projek ini, saya gunakan platform percuma dari wordpress.com

 

Kemudian, bagi tujuan buat duit, saya akan masukkan link-link affiliate dan juga akan cerita juga tentang lain-lain program buat duit disitu.

 

Jadinya, selagi mana laman web tu masih ada, dan ia masih dikunjungi oleh pelawat, maka peluang untuk buat duit akan sentiasa terbuka.

fish-formula-income-seumur-hidup

Kiranya benda ni adalah pelengkap kepada Formula Income Seumur Hidup juga. Cara saya ni memang agak lambat dan perlukan usaha yang berterusan.

Bagi yang tak pernah lagi merasai pengalaman menyertai program FISH, sila klik sini.

 

Ramai yang tahu cara buat duit dengan cara ni, tapi tu la… tak ramai yang sanggup buat. So kalau anda sanggup buat macam yang saya buat ni, saya pasti anda juga akan dapat hasilnya.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s