Hasilkan pendapatan tanpa had bekerja dalam bidang jualan

Ada tak kerjaya lain yang boleh berikan pendapatan tanpa had, seperti mana yang mampu dihasilkan apabila bekerja dalam bidang jualan?

 

Mungkin ada.

 

Cuma masalahnya ialah, saya tak pernah jumpa lagi. Apa kerjanya.

 

Adakah kerja sebagai seorang doktor? Mungkin juga. Jika saya adalah seorang doktor pakar, saya mungkin boleh menetapkan harga sendiri untuk perkhidmatan yang saya bakal tawarkan.

 

Itupun kalau kemahiran yang saya miliki tu, hanya saya seorang sahaja yang ada. Tapi betul ke begitu? Atau mungkin sebenarnya tu cuma andaian saya semata-mata.

kerjaya-dalam-bidang-jualan

Jika harga yang saya tetapkan terlalu mahal, mungkin orang tak akan mampu bayar, kecuali keluarga pesakit yang super kaya sahaja. Kesudahannya, mungkin pesakit lebih rela menderita hingga menghembuskan nafas terakhir daripada keluarkan belanja yang sangat mahal.

 

Kerjaya-kerjaya seperti doktor, engineer, lawyer… memang boleh hasilkan pendapatan yang lumayan.

 

Namun, adakah pendapatan tersebut ada hadnya?

Continue reading

Memang puas hati bila blog yang dibina berjaya hasilkan pendapatan

Formula yang saya gunakan untuk hasilkan pendapatan seumur hidup adalah dengan membina laman web berkonsepkan blog yang mampu menghasilkan pendapatan.

 

Tahukah anda, bahawa menerusi blog, kita memang boleh buat duit? Dah tahun 2017 ni. Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2018 pulak. Sepatutnya, memang dah sedia maklumlah kan, dari blog memang boleh buat duit.

 

Baru-baru ni saya ada dapat komisyen dari program affiliate Formula Income Seumur Hidup. Baca cerita saya yang tajuknya Bukti komisen dari formula income seumur hidup Ogos 2017.

 

Walaupun komisennya tidaklah tinggi sangat, tapi bagi saya, duit tetap duit kan. Still akan ada manfaat dan ada kegunaannya.

 

Ini bukti bayaran yang diterima.

apa-itu-bisnes-fish

Jumlah yang diterima adalah sebanyak RM102.

 

Modalnya hanyalah dengan sebuah blog. Lagi satu yang anda mungkin perlu tahu tentang blog ni ialah, ia boleh dibina sama ada menggunakan cara berbayar, iaitu kita sewa nama domain dan hosting, ataupun secara percuma sahaja, dengan menggunakan servis yang disediakan oleh laman web seperti blogger.com dan juga wordpress.com

Continue reading

Bukti komisen dari Formula Income Seumur Hidup Ogos 2017

Beberapa hari kebelakangan ini, saya tidak begitu aktif bercerita tentang Formula Income Seumur Hidup. Kebanyakkan masa saya, saya guna untuk cerita tentang program lain.

 

Salah satu sebabnya ialah, saya tak berapa jelas tentang jadual pembayaran komisen untuk program ini. Pada mulanya, saya ingat program ini Formula Income Seumur Hidup ni akan membayar komisen kepada ahlinya setiap bulan.

 

Rupa-rupanya saya silap. Itu cuma andaian saya semata-mata.

 

Kali terakhir (dan kali pertama) saya dapat komisen dari program ini pun adalah pada bulan Jun 2017.

Anda boleh baca posting saya yang bertajuk >> Bukti bayaran komisen dari Formula Income Seumur Hidup June 2017

 

Bulan Julai saya tak terima sebarang pembayaran komisen. Walaupun begitu, saya yakin di member area memang ada tercatat yang saya berjaya hasilkan jualan.

 

Ok tak apa la. Mungkin ada tempoh bertenang antara sela masa dari seseorang itu membeli sesuatu produk, kemudian ejen affiliate seperti saya ini mendapat komisen.

 

Kewajaran ada tempoh bertenang ni adalah supaya pemilik program FISH ini tak rugi jika pembeli berhasrat untuk minta refund.

formula-income-seumur-hidup-jaminan-pulangan-wang

Dah ko tawarkan jaminan pulangan wang sebanyak 100%. Maka apabila ada yang mintak refund, kenalah bagi. 

 

Aktiviti promosi untuk program ini memang saya limitkan. Saya lebih fokus untuk buat pemasaran bagi program-program lain yang saya sertai.

 

Tiba-tiba pada awal bulan Ogos 2017 baru-baru ni, saya dapati ada komisen yang masuk dan pembayaran telah dilakukan terus ke akaun Maybank saya!

 

Ini dia bukti komisen dari program affiliate FISH.

Continue reading

Berita baik! Follower di Instagram anda boleh bantu anda jana pendapatan. Ini caranya…

Akhirnya dilancarkan! Sebuah platform yang memberi peluang kepada ahlinya untuk memanfaatkan akaun instagram yang mereka miliki bagi tujuan buat duit.

 

Saya sedang bercerita tentang platform yang dinamakan sebagai Iklan IG.

apa-itu-iklanig

Ya, portal ini agak baru.

 

Apabila saya diberitahu tentang kewujudan portal ini, saya teringat tentang portal jual beli servis versi tempatan.

 

Pernah dengar nama iLancee tak? Kalau tak pernah dengar, rasanya bolehlah luangkan masa sejenak untuk baca, bagaimana cara kerja dari rumah dengan iLancee.

 

Portal iklanIG ni pun lebih kurang sama dengan portal iLancee yang saya cerita dalam posting tu.

 

Cuma bezanya, portal ini nampak spesifik nak fokus kepada jual beli servis yang melibatkan pengiklanan menggunakan instagram sahaja.

 

Kalau guna ilancee, servis yang nak ditawarkan tu adalah bebas. Sama ada nak tawarkan servis penulisan artikel advertorial ke, servis bina laman web, servis buat logo dan sebagainya.

 

Namun, di iklanIG, fokusnya hanya satu.

 

Jika anda adalah seorang pemilik akaun instagram dan mempunyai bilangan pengikut (follower) yang ramai, maka ini peluang anda untuk buat duit.

 

Bagaimana cara nak buat duit dengan akaun Instagram anda?

Continue reading

Bina laman blog bagi menghasilkan pendapatan pasif seumur hidup!

Satu perkara yang saya belajar tentang penulisan di blog ialah, aktiviti ini mampu untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan.

 

Pada mulanya, ia mungkin tidak begitu banyak. Kalau dapat dalam nilai sen-sen pun dah cukup baik. (Jika anda kurang bernasib baik, anda mungkin akan diketawakan oleh orang lain kerana pendapatan yang dihasilkan tu tersangatlah sedikit!)

 

Namun begitu, sedikit demi sedikit, pendapatan yang tak seberapa itu pun mula bertambah. Waktu ini, motivasi untuk terus menulis makin bertambah.

jana-pendapatan-dengan-blog

Biarlah orang kata, pendapatan dari aktiviti menulis blog ni sebenarnya tak seberapa, tapi yang penting kita puas hati. Orang yang jenis suka perlekeh hasil usaha orang lain ni memang ada dimana-mana.

 

Kadang-kadang tu, kita tak perlu pergi jauh. Cukup dengan kita melihat dalam keluarga kita sendiri.

 

Saya sendiri pun ada pengalaman yang sama.

 

Pada mulanya, abang saya sendiri kata, buat duit dengan blog ni mengarut je. Saya tahu, dia cakap macam tu pun sebab dia tak berapa ada pengalaman sangat dalam bidang penulisan blog ni.

Continue reading

Apa kaitan antara Formula Income Seumur Hidup dengan bisnes simkad Tone Excel?

Adakah program Formula Income Seumur Hidup (FISH) ini ada kaitan dengan program referral Tone Excel?

 

Atau adakah sebenarnya salah satu tujuan, program Formula Income Seumur Hidup ini diwujudkan adalah bagi mendapatkan pengguna simkad Tone Excel?

 

Kita lihat dari segi konsep Formula FISH ini.

 

Program ini diwujudkan bagi memberi latihan dan juga penerangan kepada ahli-ahli berdaftar tentang pentingnya mempunyai pendapatan pasif sendiri.

 

Setelah ahli nampak betapa pentingnya ada pendapatan pasif, proses pembelajaran tidak terhenti setakat itu sahaja. Kini, ahli FISH ada pilihan, sama ada nak praktikkan dan take action atau memilih untuk tak nak buat apa-apa.

bisnes-simkad-tone-excel

Bagi mereka yang baru kenal pengasas program Fish ini, iaitu saudara Zamri Nanyan, beliau juga sebenarnya adalah salah seorang yang aktif dalam bisnes simkad Tone Excel. Malahan, beliau sebenarnya adalah seseorang yang mempunyai pangkat “Branch Center” dalam bisnes simkad Tone Excel ini.

 

Konsep bisnes simkad Tone Excel ini juga telah terbukti berupaya untuk memberi pendapatan secara pasif apabila perniagaan ini mula berkembang dan rangkaian kita sudah boleh mula berjalan sendiri.

Continue reading