Bagaimana Puan N bina pendapatan pasif seumur hidup dengan Bisnes Bakeri?

Puan N yang saya maksudkan dalam posting ini adalah merujuk kepada Puan Nik Roslin Nik Men.

 

Anda bolehlah klik pada link yang berwarna biru yang saya sertakan diatas tu kalau minat nak tahu dengan lebih dekat siapa sebenarnya beliau ya.

 

Bila dikatakan yang bisnes bakeri ni boleh menghasilkan pendapatan pasif seumur hidup… mesti ramai yang garu kepala. Macam tak logik pulak bunyinya.

 

Macam mana produk bakeri boleh hasilkan pendapatan pasif? Bukan ke produk bakeri ni pendapatannya bergantung pada permintaan dan tempahan pelanggan?

 

Kalau ada tempahan, maknanya adalah income. Kalau tak ada tempahan, dari mana pulak datangnya pendapatan? Lepas tu boleh pulak dapat pendapatan pasif? Macam susah nak hadam pulak kan!

bisnes-bakeri-hasilkan-pendapatan

Mesti nak tahu apa cerita ni kan? Jadi… silakanlah teruskan pembacaan.

 

Bisnes bakeri ini boleh dijalankan hanya dari rumah anda sahaja. Tak perlu tunggu ada kedai atau cafe sendiri. Tak perlu tunggu ada peralatan yang canggih.

 

Asalkan anda betul-betul ada minat dalam perniagaan, ianya boleh dilakukan. Kalau anda nak tunggu semua dah ada, nak tunggu sudah memiliki peralatan yang canggih, dikhuatiri sampai bila-bila pun anda masih tak mulakan juga bisnes ini.

 

Lihat sahaja dapur rumah anda. Anda mungkin akan dapati, ada banyak sebenarnya bisnes dari dapur yang anda boleh mulakan pada hari ini juga.

 

Namun, apa yang saya nak ceritakan dalam ni, bukanlah tentang bisnes bakeri, sebaliknya saya nak ceritakan bagaimana dengan mempunyai minat dalam bisnes bakeri, akhirnya tercetus idea untuk hasilkan pendapatan pasif.

 

Bagaimana caranya dan apa yang puan N lakukan?

panduan-bisnes-bakeri-dari-rumah

Puan N telah membukukan dalam bentuk ebook, step by step, cara untuk memulakan bisnes bakeri yang menguntungkan yang boleh dijalankan hanya dari rumah.

 

Panduan ini, sudah pasti sangat berguna buat mereka yang mempunyai minat yang sama, iaitu ingin memulakan bisnes bakeri. Dengan merujuk kepada panduan ni, individu yang nak buat bisnes tu akan dapat belajar macam mana nak mula bisnes.

 

Manakala Puan N pula akan dapat untung apabila ebook ini berjaya dijual.

 

Bagaimana pendapatan pasif boleh dihasilkan? 

Sebenarnya, diluar sana, saya percaya ada ramai juga yang membantu Puan N mempromosikan ebook ini.

 

Saya adalah salah seorang darinya.

 

Cubalah anda bayangkan, kalau dalam sebulan, saya berjaya jual dua unit ebook ini.

 

Kita andaikan, keuntungan dalam bentuk royalti yang diterima oleh puan N bagi ebook ini adalah sebanyak RM10. Maka, daripada hasil promosi yang saya lakukan, puan N akan dapat RM20 tanpa perlu buat apa-apa.

 

Bagaimana kalau di luar sana ada sekurang-kurangnya 10 orang yang sama macam saya yang turut mempromosikan ebook ini. Berapa agaknya potensi income yang bakal diterima oleh puan N?

 

Katakanlah, 10 orang ni pun berjaya jual dua unit juga, sama macam saya. Maka, potensi pendapatan yang bakal diterima oleh puan N adalah lebih kurang sebanyak

10 orang ejen x 2 unit ebook dijual x RM10 royalti = RM200

 

Dapat RM200.

 

Tambah dengan RM20 yang saya berjaya jual, dapat lebih kurang RM220.

 

Setiap bulan, tak perlu buat apa-apa, tiba-tiba dapat duit RM220. Anda tak nak? Semua ini sebab sebelum ini puan N pernah menulis ebook dan jual.

 

Sekarang ni, apabila ada berlaku jualan, puan N boleh terima sahaja royalti. Tak perlu buat apa-apa pun.

 

Dari segi jualan, orang lain yang uruskan. Manakala dari segi promosi, orang lain juga yang akan tolong uruskan, iaitu orang seperti saya yang bertindak sebagai ejen affiliate.

 

Bahagianya hidup… kan?

 

Jadi, buat mereka yang masih skeptikal lagi tu, pendapatan pasif seperti ini memang benar-benar wujud. Kalau anda nak terokai subjek ini dengan lebih mendalam, saya cadangkan anda daftar ke program Formula Income Seumur Hidup ini.

cara-join-formula-income-seumur-hidup

Klik sini untuk ke laman web Formula Income Seumur Hidup
Klik sini untuk daftar percuma ke program ini.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s