Memang puas hati bila blog yang dibina berjaya hasilkan pendapatan

Formula yang saya gunakan untuk hasilkan pendapatan seumur hidup adalah dengan membina laman web berkonsepkan blog yang mampu menghasilkan pendapatan.

 

Tahukah anda, bahawa menerusi blog, kita memang boleh buat duit? Dah tahun 2017 ni. Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2018 pulak. Sepatutnya, memang dah sedia maklumlah kan, dari blog memang boleh buat duit.

 

Baru-baru ni saya ada dapat komisyen dari program affiliate Formula Income Seumur Hidup. Baca cerita saya yang tajuknya Bukti komisen dari formula income seumur hidup Ogos 2017.

 

Walaupun komisennya tidaklah tinggi sangat, tapi bagi saya, duit tetap duit kan. Still akan ada manfaat dan ada kegunaannya.

 

Ini bukti bayaran yang diterima.

apa-itu-bisnes-fish

Jumlah yang diterima adalah sebanyak RM102.

 

Modalnya hanyalah dengan sebuah blog. Lagi satu yang anda mungkin perlu tahu tentang blog ni ialah, ia boleh dibina sama ada menggunakan cara berbayar, iaitu kita sewa nama domain dan hosting, ataupun secara percuma sahaja, dengan menggunakan servis yang disediakan oleh laman web seperti blogger.com dan juga wordpress.com

 

Saya selalu rasa cemburu dengan pemilik laman blog percuma yang berjaya buat duit dengan bantuan blognya.

 

Mereka ni tak perlu bayar apa-apa pun, tetapi masih boleh buat duit. Memang hebat betul!

 

Ada satu berita yang saya nak kongsikan kepada pembaca sekalian. Sebenarnya, jika anda ada blog sendiri, ada banyak lagi kaedah dan cara untuk anda buat duit. Selain menerusi program pengiklanan dan juga program affiliate.

 

Tahukah anda, diluar sana, ada ketikanya akan diadakan pertandingan-pertandingan tertentu yang hanya dibuka penyertaannya kepada para penulis blog sahaja.

 

Salah satu contohnya ialah kontes SEO. Baru-baru ini, saya juga telah menghantar artikel pernyertaan untuk kontes SEO bagi memperkenalkan produk yang diberi nama Rose Face Serum Zeeta.

rose-face-serum-zeeta-produk-hilangkan-jerawat

Serum Rose ini adalah diformulasikan dari bunga ros yang fungsinya adalah untuk menghilangkan masalah jerawat, jeragat dan juga menghilangkan kesan parut akibat jerawat.

 

Penggunaan serum berasaskan ekstrak bunga ros sememangnya terkenal bukan sahaja di negara kita, malahan diluar negara.

 

Harga Rose Face Serum Zeeta ini adalah RM50 untuk setiap botol dan harga ini tidak termasuk kos penghantaran.

 

Sekiranya anda minat dengan produk ni, boleh juga dapatkan di laman web ecommerce terkenal iaitu Lazada menerusi pautan ini. Klik sahaja pada link yang saya berikan dan anda akan dibawa ke halaman tempahan produk.

 

Sebenarnya, ada pertandingan yang dinamakan sebagai kontes SEO sedang dianjurkan dan saya adalah salah seorang peserta.

 

Mujurlah saya ada blog, jadi bolehlah turut serta dalam pertandingan seumpama ini.

 

Untung sebenarnya ada blog sendiri ni. Ada macam-macam cabang untuk buat duit, cuma itu la.. sama ada nak buat atau tidak. Itu yang jadi persoalan.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s