Hasilkan pendapatan tanpa had bekerja dalam bidang jualan

Ada tak kerjaya lain yang boleh berikan pendapatan tanpa had, seperti mana yang mampu dihasilkan apabila bekerja dalam bidang jualan?

 

Mungkin ada.

 

Cuma masalahnya ialah, saya tak pernah jumpa lagi. Apa kerjanya.

 

Adakah kerja sebagai seorang doktor? Mungkin juga. Jika saya adalah seorang doktor pakar, saya mungkin boleh menetapkan harga sendiri untuk perkhidmatan yang saya bakal tawarkan.

 

Itupun kalau kemahiran yang saya miliki tu, hanya saya seorang sahaja yang ada. Tapi betul ke begitu? Atau mungkin sebenarnya tu cuma andaian saya semata-mata.

kerjaya-dalam-bidang-jualan

Jika harga yang saya tetapkan terlalu mahal, mungkin orang tak akan mampu bayar, kecuali keluarga pesakit yang super kaya sahaja. Kesudahannya, mungkin pesakit lebih rela menderita hingga menghembuskan nafas terakhir daripada keluarkan belanja yang sangat mahal.

 

Kerjaya-kerjaya seperti doktor, engineer, lawyer… memang boleh hasilkan pendapatan yang lumayan.

 

Namun, adakah pendapatan tersebut ada hadnya?

 

Maksud ada had disini, bila dah sampai satu tahap, memang tak boleh nak tingkatkan lagi pendapatan. Itulah maksimum yang boleh dicapai.

 

Contoh, kalau seorang doktor dah mencapai pendapatan RM300, 000 sebulan, adakah pendapatan tersebut boleh ditingkatkan lagi?

 

Saya rasa boleh.

 

Jika doktor tersebut mempunyai minda seperti seorang usahawan.

 

Dia ada klinik sendiri. Kemudian, dia buka cawangan. Lepas tu dia buka hospital pula. Eh… ini dah menyerupai kerjaya dalam bidang jualan.

 

Dalam contoh ini, barang yang dijual adalah ubat-ubatan, dan perkhidmatan kesihatan itu sendiri.

 

Nampak? Kena ada juga elemen jualan disitu.

 

Ini salah satu penyebab kenapa saya masuk dalam bidang jualan. Walaupun diakhirnya, kerja dalam bidang ini ada potensi untuk berikan pendapatan yang lumayan, namun ia bukanlah satu jaminan.

 

Pada peringkat awal, nak tak nak, kena bertahan dan bersabar dengan pendapatan yang mungkin tak seberapa.

 

Kita juga mungkin tak tau nak jual apa. Adakah kita nak jual produk-produk kecantikan? Jika ingin masuk dalam bidang ini, apa produk kecantikan yang kita akan jual? Adakah nak jual Rose Face Serum Zeeta yang diasaskan dari bunga mawar sebagai barang jualan?

 

The possibilities is endless.

 

Begitu juga dengan potential income dalam bidang ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment