Bina laman blog bagi menghasilkan pendapatan pasif seumur hidup!

Satu perkara yang saya belajar tentang penulisan di blog ialah, aktiviti ini mampu untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan.

 

Pada mulanya, ia mungkin tidak begitu banyak. Kalau dapat dalam nilai sen-sen pun dah cukup baik. (Jika anda kurang bernasib baik, anda mungkin akan diketawakan oleh orang lain kerana pendapatan yang dihasilkan tu tersangatlah sedikit!)

 

Namun begitu, sedikit demi sedikit, pendapatan yang tak seberapa itu pun mula bertambah. Waktu ini, motivasi untuk terus menulis makin bertambah.

jana-pendapatan-dengan-blog

Biarlah orang kata, pendapatan dari aktiviti menulis blog ni sebenarnya tak seberapa, tapi yang penting kita puas hati. Orang yang jenis suka perlekeh hasil usaha orang lain ni memang ada dimana-mana.

 

Kadang-kadang tu, kita tak perlu pergi jauh. Cukup dengan kita melihat dalam keluarga kita sendiri.

 

Saya sendiri pun ada pengalaman yang sama.

 

Pada mulanya, abang saya sendiri kata, buat duit dengan blog ni mengarut je. Saya tahu, dia cakap macam tu pun sebab dia tak berapa ada pengalaman sangat dalam bidang penulisan blog ni.

 

Sebab tu boleh terkeluar kata-kata yang langsung tak memotivasikan dari mulut dia.

 

Sebagai seorang yang “degil”, sudah tentu saya lawan cakap dia. Jika bukan lawan dengan kata-kata sekalipun, saya akan lawan dengan perbuatan. Saya buktikan pada dia, yang buat duit dengan blog bukan something yang mengarut.

 

Ia memang boleh dilakukan dan dah ramai yang berjaya raih kejayaan. Hari ini, salah satu sumber pendapatan saya, disumbangkan oleh blog yang saya miliki.

 

Oh! Bukan blog, sebaliknya blog-blog.

 

Saya bukannya menggunakan satu blog semata-mata, sebaliknya dalam misi saya untuk menghasilkan pendapatan di internet, saya menggunakan lebih dari satu blog. Setiap blog yang saya miliki tu pula, ada peranan dia yang tersendiri.

 

Konsepnya seperti batu bata yang saling menguatkan antara satu sama lain.

 

Kalau dulu saya dengar cakap abang saya, dan saya tinggalkan terus aktiviti blogging, mungkin saya tak berpeluang untuk rasai pengalaman yang saya rasai sekarang ni.

 

Walaupun begitu, apa yang saya capai pada hari ini hanyalah satu kejayaan yang sangat kecil. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk saya kejar impian yang lebih besar.

 

Jadi, jika anda dapat baca mesej ni… saya ingin nasihatkan kepada anda.

  1. Percaya pada diri anda.
  2. Pegang pada impian dan cita-cita anda dan jangan berganjak walau apa sekalipun yang orang lain katakan.

 

Baiklah.

 

Saya nak cerita tentang projek laman web yang menghasilkan pendapatan pasif sebenarnya. Sekitar bulan Julai 2017, saya ada menulis artikel yang berjudulProjek bina laman web yang boleh berikan income pasif seumur hidup.

 

Sekarang ni, saya banyak buat projek-projek yang seumpama dengannya. Bermula tahun 2017 ni, saya baru nak mula bina laman web yang menggunakan platform percuma dari blogspot atau wordpress bagi tujuan penjanaan pendapatan secara online.

 

Kenapa pilih platform yang percuma? Saya melihat kepada trend semasa, yang mana saya dapat perhatikan, kerap juga berlaku perkara-perkara seperti

  1. Serangan siber oleh hacker yang sangat tidak bertanggungjawab. Salah satu blog utama saya juga menjadi mangsa dan serangan hacker.
    Baca juga: Masalah blog wordpress kena Hacked dan penyelesaian
  2. Ada banyak laman web yang dulunya begitu aktif kini mula ditinggalkan dan jika ia merupakan laman web yang dihostkan menerusi syarikat hosting, ia akan di remove jika sudah tidak bayar.

 

Apabila saya melihat semula, alternatif yang ada, saya berpendapat, mempunyai beberapa laman web menggunakan platform percuma seperti ini juga ada baiknya.

 

Sebagai contoh, salah satu laman web saya yang saya bina menggunakan platform percuma sejak dari tahun 2013 masih lagi wujud sampai sekarang tanpa sebarang masalah.

 

The best part is, saya dah lama tak update blog tersebut. Oh nanti dulu, ia bukannya the best part lagi.

 

Best part yang saya nak ceritakan ialah, blog tersebut rupa-rupanya berjaya masuk ke page pertama google untuk kata kunci yang agak kompetitif.

 

Bila blog tu dah berjaya masuk ke page pertama google, saya dah tak perlu susah payah nak buat artikel lain untuk fight bagi merebut kedudukan pertama google lagi. Rupa-rupanya selama ni memang dah ada blog saya yang berjaya masuk ke page pertama google.

 

Ok dah.

 

Sekarang cerita tentang “hasil” pulak. Asyik teori tanpa hasil, nampak macam sembang kosong pulak kan.

 

Ini antara hasil terkini yang berjaya saya perolehi.

program-affiliate-lazada-bukti-pendapatan

Memang nampak macam tak seberapa dan tak banyak mana apa yang saya perolehi ni. Tapi, jujur saya katakan, ada waktunya saya rasa seronok juga melihat ada banyak sales yang masuk.

 

Macam mana sales ni boleh masuk? Apa yang saya buat?

 

Inilah salah satu “kerja” yang saya buat. Saya adalah seorang content developer atau boleh juga dikenali sebagai web developer yang memberi fokus kepada penghasilan konten pada laman web.

 

Deretan sales yang anda lihat tu sebenarnya datangnya dari Program Affiliate Lazada Malaysia.

 

Dan saya mempromosikan produk-produk dari Lazada ni hanya menggunakan medium blog semata. Sesekali tu, ada la juga saya copy dan paste link url blog saya di media sosial seperti FB dan juga twitter. Namun mostly, saya biar sahaja pelawat datang sendiri ke blog saya hasil dari carian menggunakan laman carian google.

 

Alright, panjang dah ni rasanya.

 

Kalau anda suka baca topik ini, I mean topik mengenai jana pendapatan sampingan, atau buat duit secara pasif, anda dipersilakan untuk luaskan lagi bacaan di laman web ini.

 

In Shaa Allah, ikhtiar dan usaha yang anda lakukan pada hari ini akan membuahkan hasil di kemudian hari. Wallahua’lam.

Sila klik sini untuk menyertai program Formula Income Seumur Hidup.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s