Berita baik! Follower di Instagram anda boleh bantu anda jana pendapatan. Ini caranya…

Akhirnya dilancarkan! Sebuah platform yang memberi peluang kepada ahlinya untuk memanfaatkan akaun instagram yang mereka miliki bagi tujuan buat duit.

 

Saya sedang bercerita tentang platform yang dinamakan sebagai Iklan IG.

apa-itu-iklanig

Ya, portal ini agak baru.

 

Apabila saya diberitahu tentang kewujudan portal ini, saya teringat tentang portal jual beli servis versi tempatan.

 

Pernah dengar nama iLancee tak? Kalau tak pernah dengar, rasanya bolehlah luangkan masa sejenak untuk baca, bagaimana cara kerja dari rumah dengan iLancee.

 

Portal iklanIG ni pun lebih kurang sama dengan portal iLancee yang saya cerita dalam posting tu.

 

Cuma bezanya, portal ini nampak spesifik nak fokus kepada jual beli servis yang melibatkan pengiklanan menggunakan instagram sahaja.

 

Kalau guna ilancee, servis yang nak ditawarkan tu adalah bebas. Sama ada nak tawarkan servis penulisan artikel advertorial ke, servis bina laman web, servis buat logo dan sebagainya.

 

Namun, di iklanIG, fokusnya hanya satu.

 

Jika anda adalah seorang pemilik akaun instagram dan mempunyai bilangan pengikut (follower) yang ramai, maka ini peluang anda untuk buat duit.

 

Bagaimana cara nak buat duit dengan akaun Instagram anda?

Caranya adalah dengan menyertai portal iklanIG dan mendaftar sebagai salah seorang publisher.

 

Kemudian, anda akan dihubungi oleh pembeli yang berminat dengan tawaran yang anda berikan. Pembeli ini akan meminta anda untuk buat posting berbentuk iklan pada akaun instagram milik anda.

 

Satu perkara yang anda perlu tahu, lagi ramai follower yang anda miliki, maka lagi tinggi harga yang anda boleh demand.

 

Cuba tengok contoh kat bawah ni.

cara-bina-pendapatan-menerusi-iklanIG

Kita ambil contoh salah seorang pemilik akaun Instagram diatas yang menggunakan nama Jellywax Malaysia tu. Harga yang dia demand ialah RM50.00 untuk setiap posting.

 

Rasionalnya? Dia ada 23,881 orang followers.

 

Kalau ikut logik la kan, tak kan daripada 23,881 orang followers tu, tak ada seorang pun yang nak beli produk yang diiklankan?

 

Itu kalau ikut logik. Tapi kalau ikut realiti, kena pertimbangkan beberapa perkara seperti

  1. Adakah semua follower tu datang dari Malaysia?
  2. Adakah semua follower tu orang yang betul ataupun sebenarnya cuma fake account?
  3. Adakah ada engagement dalam ramai-ramai follower tu?

 

Begitulah seterusnya.

 

Apapun, jika ada yang berminat nak cuba program ini, bolehlah ke laman web ini dan buat pendaftaran.

 

Tiada sebarang bayaran diperlukan untuk join program ini. Hanya perlu ada sedikit usaha untuk berjaya.

Baca juga: Kerja sambilan dari rumah dengan platform IklanIG.com – Khas untuk pemilik akaun Instagram

 

Siapa yang selama ni begitu tekun kumpul followers kat IG tu, mungkin inilah masanya untuk anda buktikan yang usaha tersebut tidak sia-sia.

 

Jika dilakukan dengan betul, follower di IG pun boleh bantu anda jana pendapatan pasif.

 

Kalau rasa tak puas dengan idea-idea buat duit ini, bolehlah join program Formula Income Seumur Hidup ini pula. Klik sini untuk join.

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s