Bukti komisen dari Formula Income Seumur Hidup Ogos 2017

Beberapa hari kebelakangan ini, saya tidak begitu aktif bercerita tentang Formula Income Seumur Hidup. Kebanyakkan masa saya, saya guna untuk cerita tentang program lain.

 

Salah satu sebabnya ialah, saya tak berapa jelas tentang jadual pembayaran komisen untuk program ini. Pada mulanya, saya ingat program ini Formula Income Seumur Hidup ni akan membayar komisen kepada ahlinya setiap bulan.

 

Rupa-rupanya saya silap. Itu cuma andaian saya semata-mata.

 

Kali terakhir (dan kali pertama) saya dapat komisen dari program ini pun adalah pada bulan Jun 2017.

Anda boleh baca posting saya yang bertajuk >> Bukti bayaran komisen dari Formula Income Seumur Hidup June 2017

 

Bulan Julai saya tak terima sebarang pembayaran komisen. Walaupun begitu, saya yakin di member area memang ada tercatat yang saya berjaya hasilkan jualan.

 

Ok tak apa la. Mungkin ada tempoh bertenang antara sela masa dari seseorang itu membeli sesuatu produk, kemudian ejen affiliate seperti saya ini mendapat komisen.

 

Kewajaran ada tempoh bertenang ni adalah supaya pemilik program FISH ini tak rugi jika pembeli berhasrat untuk minta refund.

formula-income-seumur-hidup-jaminan-pulangan-wang

Dah ko tawarkan jaminan pulangan wang sebanyak 100%. Maka apabila ada yang mintak refund, kenalah bagi. 

 

Aktiviti promosi untuk program ini memang saya limitkan. Saya lebih fokus untuk buat pemasaran bagi program-program lain yang saya sertai.

 

Tiba-tiba pada awal bulan Ogos 2017 baru-baru ni, saya dapati ada komisen yang masuk dan pembayaran telah dilakukan terus ke akaun Maybank saya!

 

Ini dia bukti komisen dari program affiliate FISH.

apa-itu-bisnes-fish

Jumlah komisen yang saya terima adalah sebanyak RM102 bagi bulan Ogos 2017 ini.

 

Apa itu bisnes FISH?

Sebenarnya saya pun tak tau yang saya dapat komisen dari program ini. Selalunya, kalau ada bayaran komisen, saya akan menerima emel notifikasi dari pihak Maybank.

 

Kali ini, bayaran terus masuk ke akaun.

 

Saya tahu yang saya dapat komisen ni pun sebab kebetulan isteri saya nak cek berapa yang ada dalam akaun saya. (Ya, saya memang bagi username dan password kepada isteri saya)

 

Bila dia nampak ada transaksi ni, dia pun tanya kat saya

“Bila masa abg buat bisnes jual ikan ni? Ada komisen fish ni?”  

 

Saya senyum je. Entah tak tau nak cerita mula dari mana. Saya ni join macam-macam program affiliate. Jadi macam-macamlah bukti transaksi pembayaran yang akan masuk ke dalam akaun saya.

 

Mungkin dia tengok yang ni pelik sikit. Sebab nampak macam saya jual ikan pulak.

 

Komisen FISH. Bagi yang tak tau, memang akan ingat saya ni jual ikan la…

fish-formula-income-seumur-hidup

Maksud sebenar FISH?

Istilah FISH ni sebenarnya merujuk kepada program yang diberi nama Formula Income Seumur Hidup.

 

Jadi, bila kita ringkaskan, jadilah ia FISH.

 

Dalam program ini, para peserta akan diberikan latihan dan tunjuk ajar tentang bagaimana nak jana pendapatan pasif seumur hidup.

 

Ada macam-macam caralah yang kita boleh buat untuk hasilkan pendapatan yang berterusan. Sama ada nak buat bisnes sendiri, nak ceburi pelaburan hartanah, nak buat bisnes simkad Tone Excel (atau yang seumpamanya), ataupun jika anda nak buat macam yang saya buat, iaitu join affiliate program.

 

Dari pengalaman saya, program affiliate juga boleh hasilkan pendapatan pasif setiap bulan. Terus terang saya kata, salah satu pendapatan saya adalah menerusi program affiliate.

 

Satu masa dulu, saya pun skeptikal dengan program-program affiliate ni. Rasa macam mustahil dan macam tak boleh buat duit.

 

Pernah juga saya rasa macam nak give up je dengan program-program affiliate ni. Saya rasa, cuma orang-orang yang hebat dan yang ada super power je yang boleh buat duit dengan affiliate ni.

 

Memang terasa misteri sungguh, bila orang lain boleh buat ratus-ratus hinggalah ke ribu-ribu ringgit dengan affiliate, tapi saya masih lagi struggle dengan program affiliate.

 

Mujurlah pada waktu tu, walaupun saya dah mula lemah semangat, saya masih belum give up sepenuhnya. Kalau dulu saya give up, mungkin sampai sekarang tetap saya tak berjaya buat duit dari program ini.

 

Ok la.

 

Saya tinggalkan anda dengan perkongsian yang saya pernah hasilkan sebelum ini. In Shaa Allah, lepas anda baca posting saya tu, anda akan lebih jelas dan nampak macam mana sebenarnya nak buat duit dengan Formula Income Seumur Hidup ini nanti.

 

Jom baca >> Bagaimana cara menghasilkan pendapatan dengan Formula Income Seumur Hidup

 

Ps: Anda juga boleh dapat seperti yang saya dapat ini dengan menyertai program ini menerusi pautan ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s