Bukti bayaran komisen dari Formula Income Seumur Hidup June 2017

Baru semalam saya cerita dalam posting saya yang berjudul Pendapatan Pasif cara Group Formula Income Seumur Hidup, yang kita sebenarnya boleh memperolehi pendapatan pasif melalui pelbagai cara.

 

Namun begitu, cara yang paling saya gemari adalah menerusi laman web.

 

Kalau dari segi konsep, ianya mudah sahaja.

 

Pertama, kita buat satu kajian pasaran untuk mengetahui topik apa yang ramai orang cari. Selalunya topik yang sesuai untuk kita pilih ini, ada kaitan dengan permasalahan yang biasanya dihadapi oleh orang ramai.

 

Kita bina laman web yang dapat membantu memberi jawapan dan menyelesaikan masalah orang ramai.

 

Sambil kita bantu selesaikan masalah dan beri jawapan yang dapat membantu kelompok sasaran kita, pada masa yang sama, kita tawarkan juga kepada pembaca dan pelawat ini untuk beli produk yang berkaitan.

 

Apabila berlaku jualan, maka akan terhasillah komisen.

 

Komisen tu tak perlu tinggi. Kalau boleh dapat komisen yang tinggi, itu merupakan satu bonus. Namun kalau komisen yang diperolehi tu cuma sen-sen atau cuma ringgit-ringgit sahaja pun dah kira ok.

 

Sebabnya kalau laman web yang kita bina tu dah mula dikenali, dan dah mula ramai yang datang ke laman web kita tu, kita akan dapat komisen secara automatik.

 

Macam susah nak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya, dan memang itulah yang saya alami sekarang ini.

 

Ini salah satu income daripada projek laman web yang saya jalankan.

komisen-affiliate

Boleh dikatakan hampir setiap hari laman web saya tu menjana komisen seperti yang anda lihat diatas ini.

 

Walaupun ia hanyalah sen-sen sahaja, namun ia dalam matawang USD tau. Jadi, kalau kita convert kepada matawang RM, nilainya akan jadi agak tinggi juga tu.

 

Mungkin bagi sesetengah orang, nilai seperti ini tidak begitu mengujakan. Alah… sen-sen bila nak jadi kaya kan?

 

Sebenarnya untuk pengetahuan anda, masa mula-mula saya bina laman web itu, web tu langsung tak berjaya hasilkan sebarang income.

 

Kemudian, tak lama lepas tu, baru dapat sale. Itupun tak banyak. Dalam sebulan bolehlah dapat dalam 3 – 5 sale.

 

Tapi apa yang saya perhatikan, keadaan itu makin lama jadi makin baik. Sekarang ni, boleh dapat 3 – 5 sale dalam sehari tau.

 

Saya tak tau apa agaknya akan berlaku di masa hadapan. Adakah ia akan jadi makin baik? Wallahu’alam.

 

Saya hanya usakan yang terbaik dan yang termampu saya lakukan. Hasilnya biarlah saya serahkan kepada Allah SWT. Jika ada rezeki lebih, In Shaa Allah saya akan kongsikan kepada lebih ramai orang.

 

Bercakap pasal income, saya sebenarnya nak tunjukkan sekali lagi kepada anda, bukti bayaran yang saya terima dari Formula Income Seumur Hidup ini.

pendapatan-dari-formula-income-seumur-hidup

Jumlah yang saya terima adalah sebanyak RM111. Lihat pada screenshot diatas. Ada ditulis situ, FISHKOMISEN kan.

 

Itu adalah komisen yang terhasil kerana saya mempromosikan produk Formula Income Seumur Hidup.

 

Idea untuk bina laman web yang menyelesaikan masalah

Anda masih pening dan tak tau, bagaimana nak bina laman web yang menyelesaikan masalah orang ramai?

 

Salah satu yang terlintas di fikiran saya ni ialah, orang ramai ada masalah tak tau nak dapatkan harga tiket penerbangan murah.

 

Jadi, kita boleh hasilkan sebuah laman web yang menceritakan bagaimana trik-trik untuk dapatkan tiket murah.

 

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan laman web AirPaz.

airpaz-cheap-flight-promo-ticket

Ramai lagi yang tak tau bagaimana nak dapatkan tiket penerbangan murah dan masih tak tau tentang servis yang disediakan di Air Paz ini.

 

Apabila anda promosikan Air Paz di laman web yang anda bina tu, kemudian ada pelawat yang buat pembelian, anda akan dapat komisen dari situ.

 

Bawah ini pula contoh komisen yang saya terima.

komisen-formula-income-seumur-hidup

 

Komisen yang saya terima adalah yang RM2.14 tu.

 

Satu yang saya nak highlight ialah, selagi laman web saya tu masih wujud, maka selagi itulah saya akan sentiasa ada peluang untuk dapat komisen seperti itu walaupun saya tak buat sebarang promosi lagi.

 

Nampak tak, potensi untuk buat duit dari internet ni? Jika dibuat dengan teknik dan strategi yang betul, memang boleh buat duit pasif dan setiap bulan tinggal kutip duit sahaja.

 

Cuma untuk capai tahap tu, memang kena usaha kuat ya.

 

Ok la, kalau nak join formula income seumur hidup (FISH) ni, boleh klik sini dan join ya.

fish-formula-income-seumur-hidup

Klik sini untuk join FISH

Klik sini untuk join FISH

Klik sini untuk join FISH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s