Hasilkan pendapatan tanpa had bekerja dalam bidang jualan

Ada tak kerjaya lain yang boleh berikan pendapatan tanpa had, seperti mana yang mampu dihasilkan apabila bekerja dalam bidang jualan?

 

Mungkin ada.

 

Cuma masalahnya ialah, saya tak pernah jumpa lagi. Apa kerjanya.

 

Adakah kerja sebagai seorang doktor? Mungkin juga. Jika saya adalah seorang doktor pakar, saya mungkin boleh menetapkan harga sendiri untuk perkhidmatan yang saya bakal tawarkan.

 

Itupun kalau kemahiran yang saya miliki tu, hanya saya seorang sahaja yang ada. Tapi betul ke begitu? Atau mungkin sebenarnya tu cuma andaian saya semata-mata.

kerjaya-dalam-bidang-jualan

Jika harga yang saya tetapkan terlalu mahal, mungkin orang tak akan mampu bayar, kecuali keluarga pesakit yang super kaya sahaja. Kesudahannya, mungkin pesakit lebih rela menderita hingga menghembuskan nafas terakhir daripada keluarkan belanja yang sangat mahal.

 

Kerjaya-kerjaya seperti doktor, engineer, lawyer… memang boleh hasilkan pendapatan yang lumayan.

 

Namun, adakah pendapatan tersebut ada hadnya?

Continue reading

Memang puas hati bila blog yang dibina berjaya hasilkan pendapatan

Formula yang saya gunakan untuk hasilkan pendapatan seumur hidup adalah dengan membina laman web berkonsepkan blog yang mampu menghasilkan pendapatan.

 

Tahukah anda, bahawa menerusi blog, kita memang boleh buat duit? Dah tahun 2017 ni. Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2018 pulak. Sepatutnya, memang dah sedia maklumlah kan, dari blog memang boleh buat duit.

 

Baru-baru ni saya ada dapat komisyen dari program affiliate Formula Income Seumur Hidup. Baca cerita saya yang tajuknya Bukti komisen dari formula income seumur hidup Ogos 2017.

 

Walaupun komisennya tidaklah tinggi sangat, tapi bagi saya, duit tetap duit kan. Still akan ada manfaat dan ada kegunaannya.

 

Ini bukti bayaran yang diterima.

apa-itu-bisnes-fish

Jumlah yang diterima adalah sebanyak RM102.

 

Modalnya hanyalah dengan sebuah blog. Lagi satu yang anda mungkin perlu tahu tentang blog ni ialah, ia boleh dibina sama ada menggunakan cara berbayar, iaitu kita sewa nama domain dan hosting, ataupun secara percuma sahaja, dengan menggunakan servis yang disediakan oleh laman web seperti blogger.com dan juga wordpress.com

Continue reading