Hasilkan pendapatan tanpa had bekerja dalam bidang jualan

Ada tak kerjaya lain yang boleh berikan pendapatan tanpa had, seperti mana yang mampu dihasilkan apabila bekerja dalam bidang jualan?

 

Mungkin ada.

 

Cuma masalahnya ialah, saya tak pernah jumpa lagi. Apa kerjanya.

 

Adakah kerja sebagai seorang doktor? Mungkin juga. Jika saya adalah seorang doktor pakar, saya mungkin boleh menetapkan harga sendiri untuk perkhidmatan yang saya bakal tawarkan.

 

Itupun kalau kemahiran yang saya miliki tu, hanya saya seorang sahaja yang ada. Tapi betul ke begitu? Atau mungkin sebenarnya tu cuma andaian saya semata-mata.

kerjaya-dalam-bidang-jualan

Jika harga yang saya tetapkan terlalu mahal, mungkin orang tak akan mampu bayar, kecuali keluarga pesakit yang super kaya sahaja. Kesudahannya, mungkin pesakit lebih rela menderita hingga menghembuskan nafas terakhir daripada keluarkan belanja yang sangat mahal.

 

Kerjaya-kerjaya seperti doktor, engineer, lawyer… memang boleh hasilkan pendapatan yang lumayan.

 

Namun, adakah pendapatan tersebut ada hadnya?

Continue reading