Jana pendapatan pasif seumur hidup menerusi program pengiklanan Google Adsense

Apa status program Formula Income Seumur Hidup? 

Apabila saya semak laman web rasmi milik mereka, pautan tersebut membawa saya ke halaman Error. Lihat bukti screenshot dibawah ini.

buat-duit-online-seumur-hidup

No wonder la saya dah laaaama sangat tak menerima sebarang notifikasi komisen dan juga tiada sebarang pembayaran komisen masuk ke akaun bank saya.

 

Terhenti satu lagi sumber pendapatan saya. Ironi sungguh, apabila satu program yang mendakwa boleh bantu ahlinya jana pendapatan seumur hidup, akhirnya terhenti begitu sahaja.

 

Adakah program ini akan disambung semula di masa akan datang? Wallahua’lam. 

Saya pun tak tahu.

 

Secara peribadi, sudah tentu saya nak program ini disambung dan diteruskan. Saya antara individu yang mendapat manfaat dari program ini. Anda boleh lihat dalam artikel terdahulu blog ini, saya beberapa kali telah kongsikan bukti yang saya menerima bayaran menerusi program ini.

 

Namun kalau pihak admin ingin hentikan program ini, mungkin ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, atau kesukaran yang menghalang pihak admin untuk meneruskan program ini… maka saya redha dengan apa yang berlaku.

 

Tutup satu program ada banyak lagi program lain boleh disertai

Jujur saya katakan, saya memang sedih bila program ini dihentikan. Well… sumber pendapatan kot. Walaupun saya bukannya terima bayaran setiap bulan, namun at least saya dah terima beberapa ratus ringgit dari program ini.

 

Walaubagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan. Boleh bersedih, tapi jangan lama sangat. Satu program terhenti, fokus pada program lain yang ada potensi untuk berikan pendapatan yang lebih lumayan dan berterusan.

 

Awal tahun hari tu, saya ada sertai program pengiklanan Google Adsense. Konsep pengiklanan Google Adsense ini pun bagus juga, dan saya berpendapat ianya menepati kriteria untuk jana wang seumur hidup.

 

Selagi kita masih lagi dalam program ini, selagi itu kita akan dapat duit. Bunyinya macam mustahil? Lihatlah bukti dekat bawah ini.

buat-duit-dengan-adsense Bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna biru itu adalah pendapatan harian yang saya perolehi menerusi program pengiklanan ini.

 

Secara purata, saya menerima kira-kira USD1 setiap hari. Kalau kita tukarkan dengan matawang RM, nilainya adalah lebih kurang RM4 sehari.

 

Kalau nak bandingkan dengan semasa saya buat duit dengan program affiliate Lazada, saya rasa income yang dihasilkan masih lagi tak dapat menyamai income yang telah saya hasilkan melalui program Google Adsense ini.

 

Masa dengan Lazada, kadang-kadang nak dapat sehari at least USD1 pun susah. Lagipun, ia bergantung kepada berapa banyak jualan yang mampu saya hasilkan dalam sehari. Tapi menerusi program pengiklanan Google Adsense ini, nampaknya cita-cita nak jana at least USD1 setiap hari, bukannya satu angan-angan kosong.

 

Lepas ni, saya nak target USD2 sehari, kemudian naikkan jadi USD3 sehari, USD5 dan mudah-mudahan boleh pergi sampai at least USD100 dalam sehari. Untuk capai angka yang begitu besar, sudah tentu saya akan perlukan banyak trafik untuk masuk dalam laman blog saya.

 

Bukan sekadar banyak trafik, tetapi trafik yang ada kualiti. Saya punya strategi untuk tarik trafik adalah menulis lebih banyak konten yang mesra SEO. Bermakna, sekarang ni dah tak boleh nak hasilkan artikel yang asal tulis. Kena buat artikel yang ada value, yang In Shaa Allah membantu menyelesaikan masalah pembaca.

 

Semua orang boleh buat duit dengan Google Adsense

Ya, semua orang boleh buat duit dengan program ini. Saya tak kata nak buat duit melalui program ini senang, namun kalau anda mempunyai ilmu yang betul, memang tak mustahil untuk buat duit dari program ini macam yang saya sedang lalui sekarang ini.

 

Saya amat mengesyorkan anda dapatkan sekurang-kurangnya satu panduan tentang Google Adsense yang paling TERKINI bagi membantu anda buat keputusan yang betul sepanjang menjalankan program ini.

panduan-raja-adsense

Pada masa catatan ini saya tulis, kalau anda mencari panduan yang dapat bantu anda untuk menjalankan program adsense ni dengan betul, anda boleh ke laman web ini dan muat turun panduan tersebut.

 

“Alahai… nak kena beli ebook lagi ke? Saya dah boring la asyik beli ebook, hasilnya tetap tak ada…” 

 

Itulah masalahnya dengan ramai orang kat Malaysia ni. Semangat nak beli ebook, tapi bila dah beli, baca lebih kurang, terus bagi macam-macam alasan!

 

Benda ni tak sesuai dengan saya.

Saya tak ada masa nak buat benda-benda macam ni.

Saya tak akan berjaya.

Saya rasa benda ni mengarut je.

 

Itu semua alasan. Dan satu lagi untuk saya tegaskan kepada anda yang skeptikal tentang ebook, sebenarnya kita tak perlukan ebook untuk berjaya. Apa yang kita perlukan adalah panduan! 

 

Tak kisahlah, sama ada ada panduan tu dalam bentuk rakaman audio, video, ebook, ceramah, kelas 1 to 1, dan macam-macam lagi.

 

Kalau anda tak suka ebook, carilah panduan dalam bentuk yang anda suka dan selesa nak belajar. Kalau nak cari guru, biarlah pilih guru yang memang betul-betul komited dengan pelajarnya.

 

Setengah orang ni pun silap. Dia nak belajar, tapi nak suruh orang yang tidak mengajar untuk jadi gurunya.

 

Analoginya macam ni. Anda nak jadi doktor, lalu anda pergi ke klinik, jumpa doktor lalu minta para doktor yang berkhidmat disitu untuk ajar anda satu demi satu, macam mana proses nak jadi doktor.

 

Ini GILA!

 

Kalau anda nak jadi doktor, gunalah saluran yang betul. Tugas doktor adalah merawat pesakit, bukannya mengajar orang lain macam mana nak jadi doktor.

 

Melainkan kalau doktor tersebut, memang ada buat kelas dan dia juga bertugas sebagai pensyarah, maka dari situ bolehlah anda belajar dengan doktor tu tadi macam mana nak jadi seorang perawat.

 

Berbalik kepada situasi anda yang nak belajar macam mana nak buat duit dengan adsense tu tadi. Kalau serius nak belajar, belilah panduan. Carilah guru yang memang ada buat kelas. Bukannya main minta orang lain, yang tak buat kelas, untuk jadi cikgu anda.

 

Most likely, anda hanya mengacau hidup orang lain, dan orang yang anda kacau tu, ada banyak lagi kerja lain yang dia nak buat. Tiba-tiba anda datang kepada dia, menyusahkan hidup dia, dengan meminta ajar itu ini.

 

Program Google Adsense ini sebenarnya bukanlah program yang baru. Ianya dah wujud bertahun-tahun lamanya. Dulu, program ini kurang mesra dengan rakyat Malaysia. Kalau serius nak buat duit melalui program ni, kena buat website berbahasa Inggeris, barulah income dari adsense tu akan bergerak.

 

But nowadays, walaupun website bahasa Melayu, anda masih tetap boleh buat duit. Saya sendiri siarkan iklan adsense dalam blog bahasa Melayu. Justeru, for those yang serius nak kerja dari rumah tanpa modal tu, intai-intailah program adsense ini.

 

Manalah tahu, ada rezeki, lepas ni setiap bulan anda akan dapat bayaran dari Adsense!

 

 

Leave a comment