Bina laman blog bagi menghasilkan pendapatan pasif seumur hidup!

Satu perkara yang saya belajar tentang penulisan di blog ialah, aktiviti ini mampu untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan.

 

Pada mulanya, ia mungkin tidak begitu banyak. Kalau dapat dalam nilai sen-sen pun dah cukup baik. (Jika anda kurang bernasib baik, anda mungkin akan diketawakan oleh orang lain kerana pendapatan yang dihasilkan tu tersangatlah sedikit!)

 

Namun begitu, sedikit demi sedikit, pendapatan yang tak seberapa itu pun mula bertambah. Waktu ini, motivasi untuk terus menulis makin bertambah.

jana-pendapatan-dengan-blog

Biarlah orang kata, pendapatan dari aktiviti menulis blog ni sebenarnya tak seberapa, tapi yang penting kita puas hati. Orang yang jenis suka perlekeh hasil usaha orang lain ni memang ada dimana-mana.

 

Kadang-kadang tu, kita tak perlu pergi jauh. Cukup dengan kita melihat dalam keluarga kita sendiri.

 

Saya sendiri pun ada pengalaman yang sama.

 

Pada mulanya, abang saya sendiri kata, buat duit dengan blog ni mengarut je. Saya tahu, dia cakap macam tu pun sebab dia tak berapa ada pengalaman sangat dalam bidang penulisan blog ni.

Continue reading