Berita baik! Follower di Instagram anda boleh bantu anda jana pendapatan. Ini caranya…

Akhirnya dilancarkan! Sebuah platform yang memberi peluang kepada ahlinya untuk memanfaatkan akaun instagram yang mereka miliki bagi tujuan buat duit.

 

Saya sedang bercerita tentang platform yang dinamakan sebagai Iklan IG.

apa-itu-iklanig

Ya, portal ini agak baru.

 

Apabila saya diberitahu tentang kewujudan portal ini, saya teringat tentang portal jual beli servis versi tempatan.

 

Pernah dengar nama iLancee tak? Kalau tak pernah dengar, rasanya bolehlah luangkan masa sejenak untuk baca, bagaimana cara kerja dari rumah dengan iLancee.

 

Portal iklanIG ni pun lebih kurang sama dengan portal iLancee yang saya cerita dalam posting tu.

 

Cuma bezanya, portal ini nampak spesifik nak fokus kepada jual beli servis yang melibatkan pengiklanan menggunakan instagram sahaja.

 

Kalau guna ilancee, servis yang nak ditawarkan tu adalah bebas. Sama ada nak tawarkan servis penulisan artikel advertorial ke, servis bina laman web, servis buat logo dan sebagainya.

 

Namun, di iklanIG, fokusnya hanya satu.

 

Jika anda adalah seorang pemilik akaun instagram dan mempunyai bilangan pengikut (follower) yang ramai, maka ini peluang anda untuk buat duit.

 

Bagaimana cara nak buat duit dengan akaun Instagram anda?

Continue reading

Bina laman blog bagi menghasilkan pendapatan pasif seumur hidup!

Satu perkara yang saya belajar tentang penulisan di blog ialah, aktiviti ini mampu untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan.

 

Pada mulanya, ia mungkin tidak begitu banyak. Kalau dapat dalam nilai sen-sen pun dah cukup baik. (Jika anda kurang bernasib baik, anda mungkin akan diketawakan oleh orang lain kerana pendapatan yang dihasilkan tu tersangatlah sedikit!)

 

Namun begitu, sedikit demi sedikit, pendapatan yang tak seberapa itu pun mula bertambah. Waktu ini, motivasi untuk terus menulis makin bertambah.

jana-pendapatan-dengan-blog

Biarlah orang kata, pendapatan dari aktiviti menulis blog ni sebenarnya tak seberapa, tapi yang penting kita puas hati. Orang yang jenis suka perlekeh hasil usaha orang lain ni memang ada dimana-mana.

 

Kadang-kadang tu, kita tak perlu pergi jauh. Cukup dengan kita melihat dalam keluarga kita sendiri.

 

Saya sendiri pun ada pengalaman yang sama.

 

Pada mulanya, abang saya sendiri kata, buat duit dengan blog ni mengarut je. Saya tahu, dia cakap macam tu pun sebab dia tak berapa ada pengalaman sangat dalam bidang penulisan blog ni.

Continue reading

Bagaimana Puan N bina pendapatan pasif seumur hidup dengan Bisnes Bakeri?

Puan N yang saya maksudkan dalam posting ini adalah merujuk kepada Puan Nik Roslin Nik Men.

 

Anda bolehlah klik pada link yang berwarna biru yang saya sertakan diatas tu kalau minat nak tahu dengan lebih dekat siapa sebenarnya beliau ya.

 

Bila dikatakan yang bisnes bakeri ni boleh menghasilkan pendapatan pasif seumur hidup… mesti ramai yang garu kepala. Macam tak logik pulak bunyinya.

 

Macam mana produk bakeri boleh hasilkan pendapatan pasif? Bukan ke produk bakeri ni pendapatannya bergantung pada permintaan dan tempahan pelanggan?

 

Kalau ada tempahan, maknanya adalah income. Kalau tak ada tempahan, dari mana pulak datangnya pendapatan? Lepas tu boleh pulak dapat pendapatan pasif? Macam susah nak hadam pulak kan!

bisnes-bakeri-hasilkan-pendapatan

Mesti nak tahu apa cerita ni kan? Jadi… silakanlah teruskan pembacaan.

Continue reading