Berita baik! Follower di Instagram anda boleh bantu anda jana pendapatan. Ini caranya…

Akhirnya dilancarkan! Sebuah platform yang memberi peluang kepada ahlinya untuk memanfaatkan akaun instagram yang mereka miliki bagi tujuan buat duit.

 

Saya sedang bercerita tentang platform yang dinamakan sebagai Iklan IG.

apa-itu-iklanig

Ya, portal ini agak baru.

 

Apabila saya diberitahu tentang kewujudan portal ini, saya teringat tentang portal jual beli servis versi tempatan.

 

Pernah dengar nama iLancee tak? Kalau tak pernah dengar, rasanya bolehlah luangkan masa sejenak untuk baca, bagaimana cara kerja dari rumah dengan iLancee.

 

Portal iklanIG ni pun lebih kurang sama dengan portal iLancee yang saya cerita dalam posting tu.

 

Cuma bezanya, portal ini nampak spesifik nak fokus kepada jual beli servis yang melibatkan pengiklanan menggunakan instagram sahaja.

 

Kalau guna ilancee, servis yang nak ditawarkan tu adalah bebas. Sama ada nak tawarkan servis penulisan artikel advertorial ke, servis bina laman web, servis buat logo dan sebagainya.

 

Namun, di iklanIG, fokusnya hanya satu.

 

Jika anda adalah seorang pemilik akaun instagram dan mempunyai bilangan pengikut (follower) yang ramai, maka ini peluang anda untuk buat duit.

 

Bagaimana cara nak buat duit dengan akaun Instagram anda?

Continue reading